KANDUNGAN KURIKULUM
(PERANCANGAN PELAKSANAAN KANDUNGAN KURIKULUM BILIK DARJAH)
SINOPSIS
Bab 5 ini akan lebih memfokuskan penerangan tentang perancangan dan pelaksanaan kurikulum bilik darjah. Dan topik yang akan dibincangkan:
5.1 Pengenalan
5.2 Proses Pengurusan Bilik Darjah
5.3 Domain Kognitif, Afektif dan Psikomotor
5.4 Matlamat dan Objektif Kurikulum (Taksonomi Bloom)
5.5 Pernyataan Objektif/ Hasil Pembelajaran Eksplisit
5.6 Tafsiran tahap penguasaan standard pentaksiran (KSSR/KSSM)
5.7 Penutup
5.8 Glosari
5.9 Latihan
Maka dapat disimpulkan unit ini akan memberi banyak manfaat kepada guru-guru untuk diaplikasikan dalam bilik darjah.
v Seperti kita sedia maklum, kurikulum merupakan pengisian pendidikan yang mencakupi pengetahuan, kemahiran, nilai, budaya dan kepercayaan yang dirancang untuk diwariskan kepada generasi yang seterusnya. Terdapat tiga peringkat kurikulum yang diguna pakai dalam sisitem pendidikan Malaysia iaitu:
2. Kurikulum Sekolah
3. Kurikulum Bilik Darjah.
v Ketiga-tiga peringkat kurikulum ini adalah berkait antara satu sama lain. Dan Bab 5 ini akan memfokuskan penerangan tentang perancangan dan pelaksanaan kurikulum bilik darjah.
v Pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah memerlukan penyesuaian dengan kemudahan, suasana dan persekitaran sekolah.
v Guru selaku pelaksana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu bijak memanfaatkan sumber dokumen yang sedia ada seperti Dokumen Standart Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam merangka pelan pengajaran yang lengkapuntuk dilaksanakan dalam bilik darjah.
v Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berperanan sebagai pelan pengajaran guru yang akan dilaksanakan dalam bilik darjah. Perancangan yang menyeluruh perlu dirangka oleh guru untuk menjadikan sesi pembelajaran bilik darjah bermakna dengan set induksi yang menarik, hasil pembelajaran yang jelas mengikut domain yang bersesuaian dengan kandungan topik yang di ajar, pemilihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan minat murid serta pelaksanaan penilaian formatif semasa sesi pembelajaran.
v Guru juga perlu mengambilkira Domain Objektif Kognitif, Domain Objektif Afektif dan Domain Objektif Psikomotor. Malah guru juga berperanan menyemai dan merangsang ketiga-tiga domain tersebut melalui penilaian terhadap hasil pembelajaran eksplisit yang dijalankan.
v Berdasarkan ketiga-tiga domain ini juga guru dapat memanipulasikan dan mengaplikasi domain ini untuk mencipta soalan-soalan mengikut tahap penguasaan murid dan guru dapat merancang apa yang ingin diajar berdasarkan domain-domain ini seperti merancang pembelajaran yang berpusatkan guru atau pembelajaran berpusatkan murid dan boleh juga memilih menggunakan pembelajaran berpusatkan guru dan murid.
5.2 PROSES PENGURUSAN BILIK DARJAH
v Pengurusan kurikulum bilik darjah akan melibatkan 3 peringkat iaitu ;
a. Perancangan Kurikulum
b. Pelaksanaan Kurikulum
c. Penilaian Kurikulum
v Ketiga-tiga peringkat ini mempunyai kaitan yang berkait antara satu sama lain.
v Tanpa perancangan maka pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan tidak akan mencapai objektif yang sebenar.
v Tanpa pelaksanaan sudah pasti perancangan menjadi sia-sia dan penilaian tidak dapat dijalankan.
v Perancangan Kurikulum dan Pelaksanaan Kurikulum tanpa diikuti Penilaian Kurikulum, maka kemenjadian murid tidak dapat dipastikan.
v Berikut gambaran ringkas hubung kait Proses Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah.
5.3. Domain Kognitif, Afektif dan Psikomotor
v Sistem pendidikan di Malysia pada dasarnya menggunakan aras Taksonomi Bloom dalam menganalisis dan menilai pelajar.
v Taksonomi menurut kamus dewan, edisi keempat merupakan kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.
v Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
v Taksonomi juga berperanan;
ØMembantu guru menentukan objektif-objektif supaya lebih mudahmerancang pengalaman-pengalaman pembelajaran dan menyediakanalat-alat penilaian.
ØMembantu guru memperoleh satu perspektif mengenai penekanan yangdiberikan kepada tingkah laku tertentu oleh satu set rancangan pendidikan.
ØMenyediakan pengelasan matlamat-matlamat pendidikan.
Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu;
5.4 Matlamat dan Objektif Kurikulum (Taksonomi Bloom)
5.4.1 Matlamat Kurikulum
* Pengurusan kurikulum yang cekap yang menyumbang kearah kecemerlangan sekolah, guru dan murid.
* Melahirkan murid cemerlang akademik dan sahsiah.
5.4.2 Objektif Kurikulum
5.5 Pernyataan Objektif/ Hasil Pembelajaran Eksplisit
i) Penulisan Objektif/ Hasil Pembelajaran yang Eksplisit
Contoh : Pada akhir pengajaran murid-murid dapat:
a) Menyatakan 3 ciri-ciri haiwan karnivor, herbivor, dan omnivor dengan betul.
b) Menerangkan 4 jenis kata nama am dan kata nama khas dengan betul.
c) Mereka 2 cerita berdasarkan ayat matematik darab yang diberi dengan betul.
d) Menghuraikan 9 nama planet dalam sistem auria dengan betul.
5.6 Tafsiran tahap penguasaan standard pentaksiran (KSSR/KSSM)
Tahap Penguasaan
Kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan
Tahap | Keterangan & Contoh |
1 | Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respon terhadap perkara biasa. Contoh : Mengetahui perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari. |
2 | Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar komunikasi atau menterjemahkan serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Contoh : Memahami perkara asas berdasarkan ilmu Pendidikan Islam dan nilai-nilai murni Islam yang dipelajari. |
3 | Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Contoh : Menerangkan perkara asas berdasarkan ilmu Pendidikan Islam dan nilai-nilai murni Islam yang dipelajari. |
4 | Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Contoh : Menguasai pengetahuan dan kemahiran berdasarkan ilmu Pendidikan Islam dan nilai-nilai murni Islam yang dipelajari. |
5 | Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif. Contoh : Membuat penilaian berdasarkan ilmu Pendidikan Islam dan nilai-nilai murni Islam yang dipelajari. |
6 | Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, serta boleh dicontohi. Contoh : Melahirkan idea berdasarkan ilmu Pendidikan Islam dan nilai-nilai murni Islam yang dipelajari di dalam situasi yang berbeza. |
5.7 PENUTUP
Sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mempunyai kemahiran merancang dan memahami proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin pendidikan yang berkesan. Antara aspek-aspek yang penting bagi seseorang guru adalah perlu mengikuti matlamat pendidikan yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya diterjemahkan ke dalam bentuk polar reka bentuk kurikulumyang terdiri daripada Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian. Dalam merancang pengajaran, penggunaan domain objektif ( kognitif, afektif dan psikomotor ) adalah perkara penting yang perlu ditetapkan. Selain itu, guru juga perlu merancang dan menetapkan tahap penguasaan murid berdasarkan tafsiran tahap penguasaan agar pelaksanaan proses pengajarandan pembelajaran mencapai matlamat yang dikehendaki.
Rancangan pengajaran direka bentuk oleh guru berdasarkan silibus sesuatu mata pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Bahagian akhir pengajaran, terdiri daripada penilaian dan kesimpulan. Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap pencapaian pelajar. Oleh itu, soalan-soalan penilaian mesti dibina berdasarkan objektif pengajaran. Kesimpulan terdiri daripada kesimpulan kognitif dan kesimpulan sosial.
5.8 GLOSARI
Afektif | Sesuatu yang berkaitan dengan perasaan dan emosi |
DSKP | Satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. DSKP menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi) |
Eksplisit | Dinyatakan dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat. |
Implisit | Dinyatakan secara tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat. |
KBAT | Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. |
Kognitif | Domain yang melibatkan komponen pengetahuan dan perkembangan intelek. |
KSSM | Kurikulum Standard Sekolah Menengah merupakan Kurikulum Kebangsaan yang digunakan oleh semua sekolah menengah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen18 di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) |
KSSR | Kurikulum Standard Sekolah Rendah merupakan Kurikulum Kebangsaaan yang digunakan oleh semua sekolah rendah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. |
Pentaksiran | Menjelaskan atau memberi makna terhadap sesuatu perkara atau dokumen, seperti KSSR dan KBSR. Menjelaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran menjadi isi pelajaran. |
Penilaian | Proses menilai sesuatu yang disampaikan dalam pengajaran atau selepas pengajaran |
Perancangan | Satu pelan perancangan bagi sesuatu yang hendak dilaksanakan seperti kurikulum, pengajaran, penilaian dan sebagainya. |
RPT | Rancangan pengajaran yang dirancang sepanjang tahun mengikut minggu. |
RPH | Rancangan pengajaran yang dirancang untuk dilaksanakan pada setiap sesi pengajaran. |
Keberhasilan | Guru Berjaya mempastikan sesuatu yang dirancang berjaya dilaksanakan |
Kemenjadian | Murid telah mencapai apa yang ditetapkan dalam hasil pembelajaran dan dirancang. |
Prestasi | Penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh pelajar. |
SUMBER RUJUKAN
Zaini Abdullah & Abu Bakar Yusuf (2022). Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah. Selangor : Minda Intelek Agency.